Isnin, 9 Disember 2019 | 8:42pm
RAYZAM Shah Wan Sofian dan Clinton Kingsley Bautista beraksi dalam acara 110 meter (m) lari berpagar di Clark, sebentar tadi. - Foto Reuters
RAYZAM Shah Wan Sofian dan Clinton Kingsley Bautista beraksi dalam acara 110 meter (m) lari berpagar di Clark, sebentar tadi. - Foto Reuters

Impian Rayzam pertahan emas lebur

CLARK: Hasrat Rayzam Shah Wan Sofian untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dua tahun lalu, musnah selepas meraih perak dalam aksi final 110 meter (m) lari berpagar, di sini, sebentar tadi.

Sebaliknya, kemenangan menjadi milik pelari tuan rumah, Clinton Kingsley Bautista yang melintasi garisan penamat dengan catatan masa 13.97 saat (s)

Apa yang memilukan, Rayzam hanya dipisahkan daripada kemenangan oleh keputusan 'photo finish' selepas turut mencatat kepantasan sama manakala gangsa diraih wakil Laos, Anousone Xaysa yang merakam 13.99s.

Bagi Rayzam, dia amat kecewa dengan keputusan itu.

RAYZAM Shah Wan Sofian (dua dari kanan) beraksi dalam acara 110 meter (m) lari berpagar di Clark, sebentar tadi. - Foto Aizuddin Saad
RAYZAM Shah Wan Sofian (dua dari kanan) beraksi dalam acara 110 meter (m) lari berpagar di Clark, sebentar tadi. - Foto Aizuddin Saad

"Saya mengaku ia memang salah saya, tetapi rentak larian saya sedikit terganggu kerana sorakan penonton menyebabkan saya hilang fokus.

"Rasa kecewa memang ada kerana saya amat mengimpikan kemenangan ini dan sudah memberi yang terbaik tetapi apapun boleh berlaku dalam perlumbaan," katanya.

Bagaimanapun, anak jati Sabah itu wajar mendapat sanjungan tinggi kerana tetap menampilkan rentak larian baik sekalipun berlari dengan kesakitan tangan kanan.

Ia berpunca daripada kecederaan retak tangan kanan yang dialaminya sewaktu terjatuh pada Grand Prix Malaysia April laku.

"Say belum pulih sepenuhnya dan ia memang mengganggu rentak larian saya kerana saya masih merasai kesakitan di bahagian tangan apabila berlari," katanya.

Berita Harian X