Sabtu, 25 November 2017 | 10:49am
ATLET Nafissatou Thiam (dua dari kiri), Mutaz Essa Barshim (dua dari kanan) bersama Karsten Warholm (kiri) dan Yulimar Rojas pada majlis anugerah Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), awal pagi tadi. - Foto EPA

Barshim, Thiam atlet olahraga terbaik 2017

MONACO: Atlet lompat tinggi Qatar, Mutaz Essa Barshim dan juara heptatlon Belgium, Nafissatou Thiam dinobat atlet lelaki dan wanita terbaik tahun ini dalam satu majlis anugerah Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), awal pagi tadi.

Juara dunia, Barshim mengambil alih gelaran berkenaan daripada legenda pecut Jamaica, Usain Bolt yang sudah bersara.

Calon lain yang turut tersenarai pelari jarak jauh Britain, Mo Farah dan juara 400m Afrika Selatan, Wayde Van Niekerk.


ATLET lompat tinggi Qatar, Mutaz Essa Barshim dinobat atlet lelaki terbaik tahun ini pada majlis anugerah Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), awal pagi tadi. - Foto EPA

Thiam, yang memenangi emas heptatlon Olimpik dan kejohanan dunia di London, menewaskan juara 10,000m Olimpik dari Habsyah, Almaz Ayana dan bintang lompat bergalah Greece, Ekaterini Stefanidi.

Senarai akhir calon untuk kedua-dua anugerah itu ditapis daripada senarai awal 10 atlet yang dicalonkan oleh ahli jawatankuasa IAAF, peminat dan rakan atlet.

Pada majlis di Monaco itu, Bolt turut menerima anugerah presiden. - AFP


MUTAZ Essa Barshim (kiri) dan Nafissatou Thiam berkongsi kejayaan sebagai atlet lelaki dan wanita terbaik tahun ini dalam satu majlis anugerah Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), awal pagi tadi. - Foto EPA

Berita Harian X