Ahad, 26 September 2021 | 10:13pm
Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton bersama trofi kemenangan selepas menjuarai GP Russia. - FOTO AFP
Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton bersama trofi kemenangan selepas menjuarai GP Russia. - FOTO AFP

Hamilton raih kejuaraan ke-100

SOCHI, Russia: Lewis Hamilton memenangi Grand Prix (GP) Russia di sini sebentar tadi, sekali gus meraih kejuaraan ke-100 Formula Satu dalam kariernya.

Juara dunia tujuh kali itu akhirnya mencapai kemenangan istimewa berkenaan bersama jentera Mercedes selepas tersekat di angka ke-99 sejak GP British Julai lalu.

Hamilton juga merampas kembali status sebagai pendahulu kejuaraan daripada Max Verstappen, yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan kelebihan dua mata.

Sejurus meraih pencapaian itu selepas dia memenangi perlumbaan pertama di Kanada 14 tahun lalu, Hamilton memberitahu di radio pasukan: "Ia adalah kerja keras semua pihak."

Namun, pemandu Britain berusia 36 tahun itu tampak tersekat di angka 99 lagi selepas pemandu McLaren, Lando Norris mendahului perlumbaan.

Namun, ketika berbaki lima pusingan, hujan menyebabkan rata-rata pemandu termasuk Norris terbabas dengan Hamilton konsisten di depan untuk meraih kemenangan istimewa itu. - AFP

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton memandu keretanya mendahului pesaing lain semasa Grand Prix Formula Satu Russia di Litar Sochi Autodrom. - Foto AFP
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton memandu keretanya mendahului pesaing lain semasa Grand Prix Formula Satu Russia di Litar Sochi Autodrom. - Foto AFP

Berita Harian X