X
Isnin, 13 Julai 2020 | 12:07am
Pemandu Britain Mercedes, Lewis Hamilton menjulang trofi kejuaraan di podium selepas perlumbaan Formula Satu Styrian Grand Prix di Spielberg, Austria. - Foto AFP
Pemandu Britain Mercedes, Lewis Hamilton menjulang trofi kejuaraan di podium selepas perlumbaan Formula Satu Styrian Grand Prix di Spielberg, Austria. - Foto AFP

Hamilton kuasai GP Styrian

SPIELBERG, Austria: Persembahan dominan Lewis Hamilton memastikan kemenangan pertamanya musim ini dan ke-85 sepanjang karier, yang bermula dari petak depan ketika Mercedes meraikan kejayaan satu-dua di Grand Prix Styrian sebentar tadi.

Juara dunia enam kali itu bangkit daripada persembahan mengecewakan pada perlumbaan pembuka tirai Grand Prix Austria di litar Red Bull Ring minggu lalu dengan persembahan terbaiknya.

Rakan sepasukan, Valtteri Bottas, yang menang aksi pembuka tirai, menamatkan saingan di tangga kedua, 13.7 saat di belakang bagi memberikan Mercedes dua tempat teratas di Austria sejak 2015 manakala Max Verstappen ketiga.

"Sesuatu yang hebat untuk kembali di sini dan terima kasih kepada pasukan," kata Hamilton.

"Perasaan ini seperti ia tidak hadir dalam tempoh yang lama selepas minggu yang sukar sebelum ini." - AFP

Berita Harian X