Khamis, 4 Jun 2020 | 8:19am
JUARA dunia enam kali, Lewis Hamilton.
JUARA dunia enam kali, Lewis Hamilton.

Mercedes belum bincang kontrak Hamilton

LONDON: Bos Mercedes, Toto Wolff akan menanti hingga musim baharu bermula sebelum membincangkan kontrak juara dunia enam kali, Lewis Hamilton.

Namun Wolff berkata perbincangan dengan Hamilton tidak akan membabitkan kemungkinan mendapatkan Sebastian Vettel, yang akan meninggalkan Ferrari pada penghujung kempen.

Musim Formula Satu terganggu kerana COVID-19 dan diiangka akan bermula di Austria pada Julai dan Wolff berkata dia berharap akan mencapai persetujuan "tidak lama lagi" dengan Hamilton.

Pemandu British berusia 35 tahun itu dijangka akan bersetuju dengan kontrak baharu tetapi Wolff berkata perbincangan masih belum berlangsung.

"Kami tidak berjumpa kerana perintah bgerkurung, kami berada di tempat berbeza tetapi sentiasa berhubung," kata Wolff.

"Tiada sebarang perjanjian antara kami tetapi kami ada kepercayaan yang kuat, kami sudah bersama untuk tempoh yang lama dan tidak pernah kontrak tamat." - AFP

Berita Harian X