Isnin, 1 Jun 2020 | 10:57pm
Musim Kejuaraan Motosikal Dunia 2020 terpaksa melupakan satu lagi pusingan perlumbaan apabila GP Jepun dibatalkan. - Foto fail NSTP
Musim Kejuaraan Motosikal Dunia 2020 terpaksa melupakan satu lagi pusingan perlumbaan apabila GP Jepun dibatalkan. - Foto fail NSTP

Kalendar baharu kejuaraan motosikal dunia tanpa GP Jepun

PARIS: Musim Kejuaraan Motosikal Dunia 2020 terpaksa melupakan satu lagi pusingan perlumbaan apabila Grand Prix (GP) Jepun dibatalkan, hari ini.

Sebelum ini, 11 pusingan perlumbaan musim diputuskan untuk ditunda atau dibatalkan susulan pandemik COVID-19 yang menular di seluruh dunia.

Promoter kejuaraan, Dorna sedang ketika ini sedang menunggu kelulusan kerajaan Sepanyol untuk memulakan kembali musim yang terganggu dengan perlumbaan berturut-turut di Litar Jerez pada 19 dan 26 Julai ini.

Selain daripada aksi berganda di Jerez, tiga lagi perlumbaan - di Perancis, Itali dan Catalonia - juga sedang menunggu pengesahan untuk memasuki slot musim yang membuka tirai 2020 di Qatar, Mac lalu.

Jadual dikemaskini:

19 Julai: GP Sepanyol di Jerez (akan dimaklumkan nanti)

26 Julai: GP Andalusia di Jerez (akan dimaklumkan nanti)

9 Ogos: GP Republik Czech di Brno (Republik Czech)

16 Ogos: GP Austria di Red Bull Ring, Spielberg

13 September: GP San Marino di Misano

27 September: GP Aragon di Alcaniz

4 Oktober: GP Thailand di Buriram

1 November: GP Malaysia di Sepang

15 November: GP Amerika Syarikat di Austin, Texas

22 November: GP Argentina di Termas di Rio Hondo

29 November: GP Valencia di Litar Ricardo Tormo

Perlumbaan dibatalkan:

GP Qatar di Losail (kelas MotoGP), GP Jerman di Sachsenring, GP Belanda di Assen, GP Finland di KymiRing, GP British di Silverstone, GP Jepun di Motegi dan GP Australia di Phillip Island

- AFP

Berita Harian X