Isnin, 25 Mei 2020 | 6:25pm
Hamilton akui COVID-19 buatkan dirinya tidak bermotivasi.
Hamilton akui COVID-19 buatkan dirinya tidak bermotivasi.

COVID-19 buat Hamilton mahu bersara

LONDON: Lewis Hamilton mengakui ada memikirkan untuk bersara daripada perlumbaan Formula Satu (F1) sepanjang tempoh penularan COVID-19.

Juara dunia enam kali itu berkata, ada masanya dia bergelut untuk mengekalkan motivasi ketika menanti bilakah saingan musim 2020 dapat dimulakan selepas ditangguh atau dibatalkan berikutan pandemik berkenaan.

"Ada hari apabila saya bangun daripada tidur, saya berasa lemah, saya tidak bermotivasi untuk melakukan senaman.

"Saya tertanya-tanya ke mana hala tuju perlumbaan musim ini. Apa yang akan berlaku? Adakah patut saya terus berlumba?

"Namun, selepas beberapa jam, saya sedar betapa saya suka dengan apa yang saya lakukan. Jadi, mengapa saya mahu mempertimbangkan untuk bersara?," kata Hamilton dalam satu rakaman video bersama Mercedes awal minggu ini.

Sementara itu, bercakap ketika minggu kesedaran mengenai kesihatan mental, Hamilton, berkata: "Kamu perlu mencari cara untuk memastikan anda menyayangi diri anda," katanya.

Hamilton yang kontraknya bersama Mercedes akan tamat tahun ini mempunyai peluang bagi menyamai rekod Michael Schumacher yang meraih tujuh gelaran dunia. - Agensi

Berita Harian X