Jumaat, 15 Mei 2020 | 8:49pm
GRAND Prix (GP) Belgium bakal berlangsung secara tertutup pada 30 Ogos depan.
GRAND Prix (GP) Belgium bakal berlangsung secara tertutup pada 30 Ogos depan.

F1 GP Belgium dilangsungkan 30 Ogos

BRUSSELS: Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Belgium dibenarkan berlangsung secara tertutup pada 30 Ogos depan, umum pihak berkuasa tempatan, hari ini.

Walaupun perhimpunan ramai dilarang sehingga 31 Ogos depan susulan pandemik COVID-19, Perdana Menteri Belgium, Elio Di Rupo, berkata perlumbaan itu boleh diteruskan.

"Perlumbaan ini dibenarkan dengan syarat mematuhi penjarakan sosial dan garis panduan kebersihan yang ketat," katanya dalam satu kenyataan.

Dengan kebenaran daripada pihak berkuasa Belgium itu, penganjur di Litae Spa-Francorchamps perlu mengadakan rundingan dengan promoter F1, Liberty Media untuk menanggung bersama kerugian daripada penjualan tiket.

Menurut agensi berita, Belga, hampir 165,000 tiket sudah pun dijual.

Pandemik COVID-19 memberi kesan yang besar dalam saingan F1 apabila 10 perlumbaan sudah dibatalkan atau ditangguhkan. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X