Ahad, 20 Oktober 2019 | 5:07pm
Marc Marquez (tengah) memenangi Grand Prix Jepun hari ini. Penunggang Honda itu menamatkan saingan di depan penunggang Perancis, Fabio Quartararo (kiri) dari Yamaha-SRT dan wakil Ducati, Andrea Dovizioso. - Foto EPA

Marc Marquez juara MotoGP Jepun

MOTEGI, Jepun: Juara dunia MotoGP, Marc Marquez memenangi Grand Prix Jepun hari ini sambil merekodkan kemenangan ke-10 musim ini dan ketiga di litar itu dalam empat tahun.

Penunggang Honda itu menamatkan saingan di depan penunggang Perancis, Fabio Quartararo dari Yamaha-SRT dan wakil Ducati, Andrea Dovizioso.

Ia adalah kemenangan pertama penunggang Sepanyol itu dari petak pendahulu di laman Honda itu ketika dia mendominasi sejak pusingan kedua.

Quartararo berjaya mendahului Marquez untuk seketika pada awal perlumbaan namun Marquez kembali merampas kedudukan dan membina jurang satu saat pada awal saingan.

Marquez sudah memastikan kejuaraan musim ini dengan menang pada perlumbaan di Thailand awal bulan ini.

Quartararo, yang menamatkan perlumbaan 0.870 saat di belakang juara itu untuk kali ketiga dianugerahkan gelaran penunggang muka baharu terbaik manakala Dovizioso meraikan kedudukan podium ke-100 sepanjang kariernya. - AFP

 

 

Berita Harian X