Khamis, 17 Oktober 2019 | 2:31pm
Pasukan Formula satu setuju membenarkan pemilik pasukan Red Bull-Toro Rosso berlumba musim depan menggunakan nama baharu Alpha Tauri.

Toro Rosso tukar nama Alpha Tauri

LONDON: Pasukan Formula satu setuju membenarkan pemilik pasukan Red Bull-Toro Rosso berlumba musim depan menggunakan nama baharu Alpha Tauri selepas mendapat undi menerusi emel, baru-baru ini.

Begitupun, belum ada pengumuman rasmi dilakukan oleh pasukan Toro Rosso yang berpangkalan di Itali itu mahupun kenyataan dari Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengenai pertukaran nama itu.

Alpha Tauri adalah jenama fesyen pakaian terkenal yang turut dimiliki oleh syarikat pengeluar minuman tenaga dari Austria itu.

Scuderia Toro Rosso, terjemahan dari Bahasa Itali yang bermaksud "Pasukan Red Bull", sebelum ini berlumba menggunakan nama Minardi sebelum pasukan itu bertukar milik pada hujung  musim 2005.

Pasukan itu pernah memenangi Grand Prix Itali di Litar Monza menerusi Sebastian Vettel pada 2008, iaitu kemenangan yang jarang berlaku di gelanggang pasukan Ferrari.

Jentera lumba pasukan Toro Rosso ketika ini menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Honda. – Reuters

Berita Harian X