Ahad, 13 Oktober 2019 | 5:56pm
VALTTERI Bottas meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Jepun. - Foto AFP

Bottas takluk Jepun

SUZUKA: Valtteri Bottas meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Jepun sekali gus membantu Mercedes memuktamadkan gelaran juara dalam kategori pengeluar Formula Satu (F1) buat kali keenam berturut-turut.

Malah, keputusan itu turut meletakkan pemandu dari Finland itu sebagai satu-satunya pencabar yang mampu menafikan gelaran juara dunia untuk rakan sepasukannya, Lewis Hamilton.

Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan mendahului 64 mata dalam carta keseluruhan tatkala musim 2019 hanya berbaki empat perlumbaan lagi.

Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel berada di tempat kedua selepas memulakan perlumbaan daripada petak utama. - Reuters


RAKAN pasukan Mercedes meraikan kemenangan gelaran juara dalam kategori pengeluar Formula Satu (F1) buat kali keenam berturut-turut.

Berita Harian X