Ahad, 22 September 2019 | 10:52pm
Sebastian Vettel meraih kemenangan pertamanya dalam tempoh setahun lebih dengan menerajui penamat satu-dua Ferrari di Grand Prix Singapura. - Foto Reuters
Sebastian Vettel meraih kemenangan pertamanya dalam tempoh setahun lebih dengan menerajui penamat satu-dua Ferrari di Grand Prix Singapura. - Foto Reuters

Vettel akhiri kemarau kemenangan

SINGAPURA: Sebastian Vettel meraih kemenangan pertamanya dalam tempoh setahun lebih dengan menerajui penamat satu-dua Ferrari di Grand Prix Singapura, manakala Lewis Hamilton di tempat keempat tetapi melebarkan kelebihan sebagai pendahulu kejuaraan kepada 65 mata.

Pemandu Jerman itu, yang kali terakhir menang di Belgium pada Ogos 2018, melintasi garisan penamat 2.641 saat di depan rakan sepasukan Charles Leclerc, yang bermula dari petak utama buat kali ketiga berturut-turut.

Kemenangan itu adalah yang kelima di Singapura buat juara dunia empat kali, Vettel, dan ketiga berturut-turut buat Ferrari musim ini.

Pemandu 21 tahun Red Bull dari Belanda, Max Verstappen di tempat ketiga dalam perlumbaan yang menyaksikan kereta keselamatan terpaksa keluar tiga kali.

Rakan sepasukan Mercedes Hamilton dan juga pesaing terdekatnya, Valterri Bottas menamatkan perlumbaan di tempat kelima. – REUTERS

Berita Harian X