Sabtu, 7 September 2019 | 9:18pm
PEMANDU Formula Tiga (F3), Alex Peroni terselamat selepas terbabit dengan kemalangan mengerikan di Litar Monza.

Peroni selamat dalam kemalangan ngeri

MONZA, Itali: Pemandu Formula Tiga (F3), Alex Peroni terselamat selepas terbabit dengan kemalangan mengerikan di Litar Monza, hari ini.

Pemandu Australia itu gagal mengawal jenteranya yang melayang beberapa meter di udara selepas terlanggar batas di bahagian tepi.

Insiden itu berlaku seminggu selepas kemalangan yang menyebabkan Anthoine Hubert maut di Grand Prix (GP) Belgium.

Susulan nahas berkenaan, penganjur mengumumkan penangguhan sesi ketiga latihan bebas perlumbaan Formula Satu (F1) GP Itali.

Menurut pasukan Peroni, pemandu itu tidak mengalami kecederaan, namun tetap akan menjalani pemeriksaan di hospital. - AFP

4906 dibaca
Berita Harian X