Jumaat, 3 Mei 2019 | 10:01pm
Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee. - Arkib NSTP
Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee. - Arkib NSTP

McPhee keempat terpantas sesi latihan GP Sepanyol

KUALA LUMPUR: Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee menutup saingan hari pertama sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Sepanyol dengan muncul keempat terpantas tatkala dua pelumba pasukan IC58 Squadra Corse mengungguli senarai terpantas keseluruhan Moto3, sebentar tadi. 

McPhee menamatkan sesi latihan bebas kedua (FP2) di tempat kesembilan dengan catatan sepusingan 1 minit 47.472 saat selepas mencatat masa terpantas 1'47.472s untuk mengungguli FP1 yang berlangsung sebelum itu. 

Niccolo Antonelli dan Tatsuki Suzuki bagaimanapun melakukan catatan lebih baik di FP2 dengan masing-masing 1'46.795s dan 1'46.888s bagi membolehkan IC58 Squadra Corse mengungguli sesi berkenaan di tempat pertama dan kedua terpantas keseluruhan. 

Tempat ketiga terpantas keseluruhan sesi latihan kelas Moto3 dihuni pelumba pasukan Sama Qatar Angel Nieto Team, Raul Fernandez dengan 1'47.472s (FP1) dan 1'46.953s di FP2.

 

Rakan sepasukan McPhee dari Jepun, Ayumu Sasaki menamatkan hari pertama di litar Jerez di tangga ke-20 terpantas keseluruhan dengan catatan 1'47.631s (FP1) dan 1'47.592s (FP2). 

Selepas tiga pusingan perlumbaan, McPhee dari Scotland berada di tangga ke-20 keseluruhan dengan lima mata manakala Sasaki ke-15 dengan 11 mata.

Berita Harian X