Jumaat, 8 March 2019 | 9:01pm
Azlan Shah ketika sesi latihan bebas ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 di SIC Sepang. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Azlan Shah ketika sesi latihan bebas ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 di SIC Sepang. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Azlan Shah mula tunjuk taring

SEPANG: Pertarungan dalam kelas Asian Superbikes 1000cc Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) semakin hangat dengan sesi latihan bebas keseluruhan hari ini memperlihatkan Broc Parkes dan wakil negara, Azlan Shah Kamaruzaman mula menunjukkan 'taring' mereka.

Parkes yang mewakili YAMAHA Racing Team ASEAN mencatat masa terpantas 2 minit 05.608 saat untuk mengungguli carta keseluruhan kelas perdana itu manakala Azlan (ONEXOX TKKR SAG Racing) hanya ketinggalan 0.80s di belakang pelumba dari Australia itu. 

Berada di tangga ketiga di belakang juara dalam kelas SuperSports 600c pada tahun 2013 dan 2017 itu adalah pelumba Thailand, Thitipong Warakorn yang mencatat 2:06.333s.

Azlan Shah ketika sesi latihan bebas ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 di SIC Sepang. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Azlan Shah ketika sesi latihan bebas ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 di SIC Sepang. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Keempat terpantas adalah rakan senegara Warakorn yang mewakili YAMAHA Thailand Racing, Apiwath Wongthananon dengan catatan terbaiknya, 2:06.387s.

"Saya gembira kerana dapat melakukan catatan hari ini," kata Azlan yang terjatuh pada sesi latihan bebas kedua hari ini. 

"Saya harap semuanya okay dan dapat berada di barisan depan untuk perlumbaan esok."

Sesi kelayakan untuk kelas ini dijadual berlangsung pada jam 11 pagi sebelum Perlumbaan 1 sebanyak 12 pusingan bermula pada jam 3.50 petang esok.

Berita Harian X