Isnin, 5 November 2018 | 9:38pm
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO merangkap Pengerusi Terengganu Cycling Team (TSG), Wan Sukairi Wan Abdullah (tengah) menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Terengganu Malaysia (UMT) dengan Terengganu Pro- Asia Cycling Team (TSG) yang diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali (empat kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif TSG Ahmad Farhan Abdul Wahab (tiga kanan) selepas majlis Menandatangani MoU dan Pelancaran Akademi TSG di UMT, Gong Badak. - Foto Ghazali Kori

TSG-UMT bergabung lahirkan altet cemerlang

KUALA TERENGGANU: Terengganu Cycling Team (TSG) meneruskan usaha membangunkan sukan berbasikal apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta pelancaran Akademi TSG di universiti itu, sebentar tadi.

MoU itu ditandatangani Timbalan Naib Canselor UMT, Profesor Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali dan Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi UMT, Mohamad Rafee Jusoh.

TSG pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Farhan Abd Wahab serta Ketua Pegawai Operasinya, Nasiruddin Wan Idrus.

Majlis bersejarah itu disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Dr Che Mohd Ruzaidi berkata, kerjasama ini membabitkan pembangunan sukan berbasikal melalui perkongsian kepakaran dan kejurulatihan.

"Kerjasama ini juga dapat mencungkil bakat baharu serta mampu meningkatkan prestasi atlet dan bakat sedia ada kedua-dua pihak dalam misi melahirkan pelumba bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO merangkap Pengerusi Terengganu Cycling Team (TSG), Wan Sukairi Wan Abdullah (tiga kiri) memakaikan jersi kepada atlet berbasikal negeri, Muhammad Zulhilmie Ahmad Zamri, 26, (tiga kanan) sebagai simbolik kepada pelancaran Akademi Terengganu Pro- Asia Cycling Team (TSG) selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Terengganu Malaysia (UMT) dengan Terengganu Pro- Asia Cycling Team (TSG) di UMT hari ini. - Foto Ghazali Kor

"Ia juga membabitkan pengurusan penggunaan sumber dan fasiliti sukan sedia ada selain bidang penyelidikan, pemasaran, pemakanan, publisiti dalam misi melahirkan pelumba profesional yang turut cemerlang dalam akademik," katanya.

Bagi Ahmad Farhan, MoU ini adalah satu langkah bijak, bukan hanya kepada pelumba TSG, tetapi impaknya kepada kedua-dua pihak serta atlet itu sendiri.

"Ia bukan hanya meningkatkan kualiti dan prestasi pelumba basikal TSG dan UMT, tetapi turut memberi peluang kepada atlet berbasikal TSG melanjutkan pelajaran ke universiti tanpa meninggalkan karier dalam sukan itu.

"Kita mahu melahirkan atlet berbasikal berkelulusan tinggi dalam bidang akademik, selain pertukaran kepakaran bidang kejurulatihan serta akademik sukan berbasikal.

“Ia selari dengan penubuhan Akademi TSG yang mahu memastikan kecemerlangan pasukan itu sebagai pasukan profesional di peringkat antarabangsa," kata Ahmad Farhan.

Berita Harian X