Sabtu, 3 November 2018 | 12:26pm
Pelumba Moto3 Petronas Sprinta Racing, Adam Norrodin ketika sesi latihan bebas Moto3 bersempena dengan MotoGP 2018 di Litar Sepang. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
Pelumba Moto3 Petronas Sprinta Racing, Adam Norrodin ketika sesi latihan bebas Moto3 bersempena dengan MotoGP 2018 di Litar Sepang. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Adam keenam sesi latihan bebas ketiga

SEPANG: Adam Norrodin mencatat masa sepusingan 2 minit 24.460 saat untuk berada di tempat keenam sesi latihan bebas ketiga Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.

Catatan dilakukan pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu lebih baik berbanding 2'25.794s yang dilakukannya pada sesi pertama semalam yang turut berlangsung di atas permukaan litar basah sepenuhnya.

Sesi latihan itu diungguli pelumba Thailand, Nakarin Atiratphuvapat dengan catatan terpantas 2'22.010s manakala Tony Arbolino (Itali) kedua, 2'23.951s.

Tempat ketiga terpantas adalah rakan senegara Arbolino, Marco Bezzecchi dengan catatan, 2'24.239s.

Sesi kelayakan bakal bagi kelas berkenaan akan menyusul pada jam 12.35 tengahari ini.

Sementara itu, wakil negara dalam kelas Moto2, Khairul Idham Pawi menamatkan sesi latihan bebas ketiga dengan berada di tempat ke-25.

Pelumba IDEMITSU Honda Team Asia itu mencatat masa terbaiknya 2'10.873s pada sesi berkenaan.

Berita Harian X