Jumaat, 2 November 2018 | 8:15pm
GAYA pelumba Moto2 negara mewakili Idemitsu Honda Team Asia, Khairul Idham Pawi ketika sesi latihan di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. - Foto BERNAMA
GAYA pelumba Moto2 negara mewakili Idemitsu Honda Team Asia, Khairul Idham Pawi ketika sesi latihan di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. - Foto BERNAMA

Hari yang sukar buat Khairul Idham

SEPANG: Khairul Idham Pawi jelas bergelut untuk memperagakan tunggangan terbaik pada hari pertama  Grand Prix (GP) Malaysia, hari ini.

Pada sesi latihan bebas pertama Moto2, pelumba IDEMITSU Honda Team Asia itu mencatat 2 minit 09.831 saat (s) pada sesi pagi sebelum memperbaiki catatan pada sesi seterusnya dengan 2:09.184s untuk berada di tempat ke-25 keseluruhan.

"Hari ini agak sukar bagi saya untuk mencatatkan masa terbaik," kata Khairul Idham. "Saya bergelut untuk mula membrek dan pada hari esok kami akan cuba buat yang lebih lagi.

"Kami juga akan cuba yang terbaik untuk sesi kelayakan dan juga perlumbaan pada Ahad nanti."

Alex Marquez dari Sepanyol mengungguli sesi latihan bebas Moto2 hari ini dengan catatan masa sepusingan terpantas dilakukannya, 2:06.928s.

Mengekorinya di tempat kedua adalah Fabio Quartararo dari pasukan MB Conveyors - Speed Up dengan catatan 2:06.958s.

Tempat ketiga terpantas adalah pelumba Itali dari pasukan SKY Racing Team VR46, Luca Marini, 2:07.089s.

Berita Harian X