Sabtu, 22 September 2018 | 10:09pm
HAFIZH Syahrin - Foto ZUNNUR AL SHAFIQ

Hafizh petak ke-19 GP Aragon

 

KUALA LUMPUR: Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah bakal memulakan perlumbaan 23 pusingan di Grand Prix (GP) Aragon dari petak ke-19, esok.

Pada sesi kelayakan kelas perdana berlangsung di sirkit MotorLand Aragon hari ini, pelumba Monster Yamaha Tech3 itu mencatat 1 minit 48.975 saat tatkala dua pelumba Ducati, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso menyambar petak pertama dan kedua.

Melengkapkan barisan depan perlumbaan di samping dua pelumba itu adalah Marc Marquez yang ketika ini mendahului carta keseluruhan MotoGP dengan 221 mata.

Untuk rekod, pada perlumbaan sebelum ini di GP San Marino, Hafizh terlepas status pendahulu pelumba baharu terbaik di tangan Franco Morbidelli selepas pencabar terdekatnya itu memperoleh empat mata berharga dengan meraih penamat di tangga ke-12.

Apa yang jelas, Hafizh kini perlu mencari penamat terbaik di sirkit MotorLand Aragon esok selepas Morbidelli bakal memulakan perlumbaan dari petak ke-13 apatah lagi berdepan sesi ujian bebas yang tidak begitu memberangsangkan sejak semalam.

"Kami akan cuba mendapatkan rentak perlumbaan yang baik pada sesi pemanas badan esok bagi mendapatkan perlumbaan yang bagus,” kata Hafizh.

Hafizh ketika ini menduduki tangga ke-17 keseluruhan selepas 13 pusingan musim 2018 dengan 24 mata manakala Morbidelli yang bakal menyertai pasukan pertama MotoGP negara, PETRONAS Yamaha Sepang musim depan, 26 mata.

Berita Harian X