Ahad, 24 September 2017 | 9:53pm
PELUMBA Moto3 negara, Adam Norrodin menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon, Sepanyol pada kedudukan ke-15.
PELUMBA Moto3 negara, Adam Norrodin menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon, Sepanyol pada kedudukan ke-15.

GP Aragon: Adam raih satu mata

KUALA LUMPUR: Meskipun sekadar meraih satu mata selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon, Sepanyol pada kedudukan ke-15, ia cukup bermakna untuk pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin.

Jelas pelumba SIC Racing Team itu, selepas terjatuh pada sesi kelayakan, keputusan itu sudah cukup baik baginya yang memulakan perlumbaan di petak ke-13.

"Bagi saya ia bukanlah satu keputusan yang teruk kerana sekurang-kurangnya kami memperoleh mata. Secara jujur kami seharusnya mampu memperoleh keputusan lebih baik.

"Tapi selepas kemalangan di sesi kelayakan, saya mula hilang sedikit keyakinan dan ia sedikit sebanyak menjejaskan prestasi pada perlumbaan sebenar.

"Saya juga gagal bermula dengan baik pada perlumbaan hari ini tetapi masih mampu bersaing dengan kelompok pertengahan.

"Saya harap dapat memperoleh keputusan lebih baik pada pusingan seterusnya di Motegi, Jepun kerana kami sebenarnya tidaklah terlalu jauh dengan kelompok depan," katanya.

Selepas 14 pusingan, Adam kini menduduki tangga ke-19 dengan meraih 29 mata.

epa06221435 Japanese Moto2 rider Takaaki Nakagami (R) of IDEMITSU Honda Team Asia and Malaysian rider Hafizh Syahrin (L) of Petronas Raceline Malaysia in action during a training session for the Aragon Motorcycling Grand Prix at Motorland circuit in Alcaniz, Teruel, Spain, 23 September 2017. EPA-EFE/ANTONIO GARCIAANTONIO GARCIA

Pada saingan Moto2 pula, Hafizh Syahrin Abdullah dari PETRONAS Raceline Malaysia gagal mengulangi kejayaan menaiki podium ketiga di San Marino dua minggu lalu apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-16.

Seorang lagi pelumba Moto2 negara dari Idemitsu Honda Team Asia, Khairul Idham Pawi pula gagal menamatkan perlumbaan.

Berita Harian X