Sabtu, 14 Mei 2022 | 1:21pm

Jackie, Grace raih emas

HANOI: Dua pingat emas diraih kem olahraga negara pada Sukan SEA Hanoi di Stadium My Dinh hari ini menerusi acara tukul besi lelaki, Jackie Wong dan wanita, Grace Wong.

Grace memulakan saingan dengan melakukan 57.13 meter (m) untuk memenangi emas sebelum momentum kecemerlangannya disusuli Jackie yang disambut dengan sorakan penuh bertenaga dari kem olahraga.

Acara lelaki turut menyaksikan Malaysia meraih gangsa menerusi Sadat Maryuqi Ajisan manakala atlet Thailand, Kittipong Boonmawan meraih perak.

Grace Wong melontar tukul besi ketika acara akhir lontar tukul besi pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong melakukan lontaran ketika acara akhir lontar tukul besi pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (kanan) mengucapkan tahniah kepada atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong (kiri) yang memenangi pingat emas dan Sadat Maryuqi Ajisan memenangi pingat gangsa mengibarkan Jalur Gemilang pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (tiga dari kiri) meraikan atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong (tiga dari kanan) yang memenangi pingat emas dan Sadat Maryuqi Ajisan (dua dari kiri) yang memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Atlet tukul besi wanita negara, Grace Wong mengibarkan Jalur Gemilang meraikan kemenangannya yang meraih pingat emas dalam acara akhir lontar tukul besi wanita pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Berita Harian X