Jumaat, 13 Mei 2022 | 10:22am
Ahmad Faizal ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara pada 27 April lalu. - Foto FB Ahmad Faizal
Ahmad Faizal ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara pada 27 April lalu. - Foto FB Ahmad Faizal

Doa, sokong atlet negara - Ahmad Faizal

BANGKOK: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengajak seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan dan memberi sokongan kepada atlet negara dalam misi memburu pingat emas pada temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam.

Beliau berkata atlet negara yang menggalas cabaran negara pada sukan dwitahunan yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mei itu terus mempamerkan semangat juang tinggi dan prestasi terbaik untuk mencapai sasaran pingat emas.

"Setakat ini, kontinjen negara menepati sasaran yang ditetapkan malah kita telah memenangi beberapa pingat daripada atlet-atlet baharu khususnya dalam sukan terjun… ini amat membanggakan.

"Saya berharap, pada hari-hari akan datang, semua atlet negara akan bebas daripada kecederaan dan kita akan mencapai sasaran 36 pingat emas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Galeri Sukan SEA 2022:

  • Sukan SEA ke-31 Hanoi
  • Sukan terbesar Asia Tenggara Sukan SEA Ke-31 dengan tema 'Untuk Asia Tenggara Yang Lebih Kukuh' membuka tirai secara rasmi di Hanoi malam tadi.

    Malaysia menyasarkan 36 emas, 35 perak dan 75 gangsa yang dikatakan sangat rendah jika dibandingkan dengan jumlah atlet dihantar ke Hanoi sementara lebih separuh daripada sukan yang dipertandingkan adalah acara Sukan Olimpik.

    Mengenai pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027, Ahmad Faizal berkata kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia untuk memastikan penganjurannya berjalan dengan lancar.

    Setakat ini, beliau berkata Malaysia yang pernah enam kali diberi tanggungjawab menjadi tuan rumah temasya itu belum membuat apa-apa keputusan setelah dipilih sebagai tuan rumah edisi ke-34 Sukan SEA.

    Malaysia sebelum ini pernah menjadi tuan rumah temasya itu pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

    Berita Harian X