Khamis, 12 Mei 2022 | 10:10pm
Temasya Sukan SEA 2021 yang memasuki edisi ke-31 dibuka secara rasmi dalam suasana penuh gemilang dan meriah di Kompleks Sukan Nasional My Dinh. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Sukan SEA 2021 dirasmikan dengan meriah, penuh gemilang

HANOI: Temasya Sukan SEA 2021 yang memasuki edisi ke-31 dibuka secara rasmi dalam suasana penuh gemilang dan meriah di Kompleks Sukan Nasional My Dinh, di sini sebentar tadi.

Upacara perasmian temasya dwi tahunan yang bertemakan 'For a Stronger Southeast Asia' itu berlangsung dengan persembahan menarik seperti tarian bunga teratai, diikuti tarian lukisan kayu rakyat Dong Ho yang mencerminkan kesenian masyarakat tempatan.

Kontinjen negara yang diwakili 31 orang dengan diketuai, Datuk Nur Azmi Ahmad dan diiringi pembawa Jalur Gemilang yang juga penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri gah bergaya sebaik saja bergerak memasuki acara perasmian berkenaan walaupun upacara hanya mengehadkan 31 orang menyertainya bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Semua wakil perbarisan negara tampil segak bergaya dengan Nur Azmi memperagakan busana pendekar baju Melayu manakala Nur Dhabitah yang kekal anggun dengan senyumannya lengkap berbusana busana puteri.

Untuk temasya kali ini, kontinjen Malaysia disertai 859 orang yang merangkumi 584 atlet, 217 pegawai dan 58 sekretariat dengan sasaran diletakkan meraih 36 pingat emas dalam 37 acara disertai.

Penonton mula memasuki pekarangan stadium dengan melalui pemeriksaan keselamatan bagi menyaksikan majlis perasmian Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi Vietnam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Atlet terjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri membawa Jalur Gemilang ketika raptai terakhir perarakan kontinjen Malaysia yang diketuai Chef-de-misson (CDM) ke Sukan SEA Hanoi 2021, Datuk Seri Nur Azmi Ahmad ketika majlis perasmian Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam ini. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Berdasarkan prestasi semasa selepas kali terakhir di Filipina 2019, 15 jenis sukan dijangka menjadi penyumbang kepada sasaran 36 emas itu dengan terjun dan olahraga dianggap lubuk utama negara.

Terjun dan olahraga dijangka menjadi penyumbang utama emas dengan setakat ini, kem terjun sudah melepasi sasaran diletakkan iaitu meraih lapan emas ditetapkan.

Sukan terjun yang menutup tirai pertandingan semalam, berjaya meraih lapan emas, tiga perak dan satu gangsa sekali gus mengekalkan status juara bertahan keseluruhan secara berturut-turut sejak 2005.

Atlet terjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri membawa Jalur Gemilang ketika raptai terakhir perarakan kontinjen Malaysia yang diketuai Chef-de-misson (CDM) ke Sukan SEA Hanoi 2021, Datuk Seri Nur Azmi Ahmad ketika majlis perasmian Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam ini. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Atlet terjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri membawa Jalur Gemilang ketika raptai terakhir perarakan kontinjen Malaysia yang diketuai Chef-de-misson (CDM) ke Sukan SEA Hanoi 2021, Datuk Seri Nur Azmi Ahmad ketika majlis perasmian Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam ini. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Setakat semalam, Malaysia sudah meraih sembilan emas, tiga perak dan enam gangsa untuk berada di tangga kedua keseluruhan di belakang tuan rumah, 10 emas, tujuh perak dan 10 gangsa manakala Indonesia di tempat ketiga, tiga emas dan empat perak.

Selain sukan terjun, Malaysia setakat ini turut meraih satu emas daripada sukan silat menerusi acara ganda putera yang disumbangkan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga.

Atlet terjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri membawa Jalur Gemilang ketika raptai terakhir perarakan kontinjen Malaysia yang diketuai Chef-de-misson (CDM) ke Sukan SEA Hanoi 2021, Datuk Seri Nur Azmi Ahmad ketika majlis perasmian Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam ini. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Atlet terjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri membawa Jalur Gemilang ketika raptai terakhir perarakan kontinjen Malaysia yang diketuai Chef-de-misson (CDM) ke Sukan SEA Hanoi 2021, Datuk Seri Nur Azmi Ahmad ketika majlis perasmian Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam ini. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Petugas menyiapkan belon udara panas yang dipasang bendera Malaysia dan bendera negara yang bertanding di perkarangan stadium bagi persiapan majlis perasmian Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi Vietnam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Anggota polis berkawal di perkarangan stadium ketika majlis perasmian Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi Vietnam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Peniaga, Phuong Trang, 17, (kanan) menyusun bendera-bendera negara yang bertanding untuk dijual kepada pengunjung yang hadir bagi menyaksikan majlis perasmian Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi Vietnam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Sukarelawan yang bertugas ketika majlis perasmian Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi Vietnam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Sukarelawan yang bertugas ketika majlis perasmian Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi Vietnam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Petugas menyiapkan belon udara panas yang dipasang bendera Malaysia dan bendera negara yang bertanding di perkarangan stadium bagi persiapan majlis perasmian Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi Vietnam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Petugas menyiapkan belon udara panas yang dipasang bendera Malaysia dan bendera negara yang bertanding di perkarangan stadium bagi persiapan majlis perasmian Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi Vietnam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Berita Harian X