Ahad, 8 Mei 2022 | 6:45pm
Tze Liang-Yi Wei sumbang emas kedua hari ini selepas ungguli acara 3 meter papan anjal seirama di Sukan SEA Hanoi.
Tze Liang-Yi Wei sumbang emas kedua hari ini selepas ungguli acara 3 meter papan anjal seirama di Sukan SEA Hanoi.

Sukan SEA: Tze Liang-Yi Wei pertahan emas

KUALA LUMPUR: Gandingan penerjun Ooi Tze Liang dan Chew Yi Wei mempertahankan pingat yang dimenangi tiga tahun lalu apabila mengungguli acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki di Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi.

Emas yang dimenanngi Tze Liang-Yi Wei adalah yang kedua buat kontinjen Malaysia hari ini selepas Nur Dhabitah Sabri menyumbang emas pertama sebelum itu dalam acara 1m papan anjal wanita.

Pada aksi di Pusat Akuatik My Dinh, Tze Liang dan Yi Wei unggul apabila mengumpul keseluruhan 395.79 mata, mengatasi satu-satunya pencabar mereka iaitu wakil Vietnam, Nguyen Tung Duong-Phung The Anh yang mengutip 305.64 mata untuk berpuas hati dengan perak.

Tiada pemenang gangsa dalam acara berkenaan selepas hanya dua gandingan yang mengambil bahagian.

Pada edisi 2019 di Filipina, Tze Liang dan Yi Wei memenangi emas selepas mengatasi wakil Thailand, Chawanwat Juntaphadawon dan Thitipoom Marksin yang meraih perak manakala atlet Singapura, Timothy Lee Han Kuan dan Mark Lee Han Ming gangsa.

Berita Harian X