Isnin, 2 Mei 2022 | 9:27pm
EXCO Belia, Sukan dan NGO Melaka, V P Shanmugam (kanan) bersama pengurusan kontinjen Muay Thai Melaka, baru-baru ini. - Foto NSTP/Nazri Abu Bakar.
EXCO Belia, Sukan dan NGO Melaka, V P Shanmugam (kanan) bersama pengurusan kontinjen Muay Thai Melaka, baru-baru ini. - Foto NSTP/Nazri Abu Bakar.

'Pantau atlet, jangan terlepas ke negeri lain'

MELAKA: Persatuan sukan di negeri ini diminta menjaga dan memantau atlet mereka dengan baik supaya tidak terlepas di tangan kontinjen lain menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA XX) pada September ini.

EXCO Belia, Sukan dan NGO negeri, V P Shanmugam berkata faktor atlet kelahiran negeri itu yang bekerja, merantau atau mengikuti pengajian di negeri lain boleh menyebabkan mereka terlepas.

Dalam masa, beliau juga berkata sasaran pingat kontinjen Melaka kini dinaikkan kepada 10 peratus berbanding di Perak pada 2018.

Katanya, antara sukan berpotensi menyumbang emas adalah renang, wushu dan muay thai.

"Melaka bakal menghantar 500 atlet pada SUKMA XX. Jumlah yang lebih ramai kali ini berbanding di Perak, adalah berikutan ada 31 jenis sukan yang dijangka dipertandingkan.

"Persiapan juga sudah bermula dengan persatuan diminta menyediakan atlet-atlet terbaik. Dalam masa sama beberapa sukan juga akan diberi tumpuan khusus yang diyakini mampu menghadiahkan kilauan pingat,"katanya.

SUKMA XX bakal berlangsung di ibu negara pada 29 September hingga 8 Oktober ini manakala Sukan Para SUKMA XX dari 29 Oktober hingga 6 November.

Berita Harian X