Ahad, 10 April 2022 | 8:00pm
Logo dan maskot Sukan SEA Kemboja 2023.
Logo dan maskot Sukan SEA Kemboja 2023.

Kemboja anjur 40 jenis sukan

KUALA LUMPUR: Sukan seni mempertahankan diri kebangsaan Kemboja, Kun Bokator antara 40 sukan yang disahkan oleh Majlis Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) akan dipertandingkan pada Sukan SEA ke-32 di Kemboja tahun depan.

Jumlah itu adalah yang tertinggi yang disahkan untuk mana-mana negara yang menganjurkan temasya itu buat kali pertama sejak 1977.

Sebelum ini, Brunei, Vietnam dan Laos masing-masing menyenaraikan 21, 32 dan 29 jenis sukan pada kali pertama mereka menganjurkan temasya itu. Temasya di Vietnam yang dijadual berlangsung bulan depan juga bakal mempertandingkan 40 jenis sukan.

"Jumlah jenis sukan yang dipertandingkan itu mungkin bertambah sekiranya permintaan sukan seperti pencak silat diterima dalam mesyuarat Majlis SEAGF di Phnom Penh, Jun depan.

"Seperti kebiasaan, sukan teras seperti olahraga dan renang sah dipertandingkan di Kemboja 2023. Dengan Vietnam menggugurkan sukan polo air dari disiplin akuatik di Hanoi, sukan itu akan kembali di Phnom Penh nanti.

"Sebanyak 28 jenis sukan disahkan di bawah Kategori II - yang bakal menyaksikan campuran Olimpik, Asia dan juga sukan tradisional. Catur akan menyenaraikan tiga acara termasuk Ok Chaktrong dan Xiangxi.

"Dalam Kategori III, sukan popular dan meningkat naik e-sukan termasuk jetski disenaraikan sama seperti sukan mempertahankan diri, Kun Bokator," kata pihak penganjur Sukan SEA Kemboja dalam satu kenyataan hari ini.

Senarai sukan yang dipertandingkan

Kategori I: Olahraga (Trek dan Lapangan, Marathon); Akuatik (Renang, Terjun, polo air)

Kategori II: Badminton; Bola keranjang (5x5, 3x3); tinju; billiards; berbasikal (lebuhraya dan MTB); kanu dan mendayung (termasuk perlumbaan bot tradisional); catur (Ok Chaktrong, Asean dan Xiangxi); sukan tarian; lawan pedang; bola sepak; golf; gimnastik (erobik dan artistik); hoki (termasuk dalam dewan); judo; karate; muay; petanque; pelayaran; sepak takraw (temasuk chinlone); tenis; ping pong; taekwondo; triathlon; bola baling; wrestling; angkat berat; wushu

Kategori III: Arnis; bina badan; esukan;floorball; jiujitsu; jetski; kick boxing; kun bokator; vovinam dan seni mempertahankan diri Kore

Berita Harian X