Isnin, 28 March 2022 | 8:20pm
Amarjit sahkan Malaysia menangi bidaan jadi tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia.
Amarjit sahkan Malaysia menangi bidaan jadi tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia

KUALA LUMPUR: Malaysia memenangi bidaan untuk penganjuran Kejohanan Berbasikal Trek Asia yang dijadual berlangsung di Velodrom Nasional Nilai, tahun depan.

Perkara itu diumumkan Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh selepas Malaysia memenangi bidaan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) yang berlangsung di Dushanbe, Tajikistan.

"Kejohanan ini akan menawarkan mata penting untuk kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024," kata Amarjit dalam satu hantarannya di Facebook.

"Ini adalah kali pertama kejohanan trek dianjurkan sejak COVID-19 bermula pada 2020.

"Ia juga satu berita baik apabila Malaysia memenangi bidaan berkenaan dan kami mahu memainkan peranan penting bagi membantu atlet kami pada setiap masa.

"Jadi ia adalah satu khabar yang baik sukan berbasikal Malaysia dan seluruh peminat yang mahu menyaksikan kejohanan bertaraf dunia di Malaysia pada 2023 di mana pelumba terbaik Asia bakal memberikan yang terbaik untuk memungut mata kelayakan ke Olimpik 2024."

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah adalah pada Februari 2018 dengan ketika itu jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat perak dalam acara pecut dan gangsa acara keirin.

Berita Harian X