Ahad, 27 March 2022 | 12:36pm
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah (kanan) membersihkan kawasan perkuburan pada Program Ziarah Pusara dan gotong-royong Peringkat Negeri Johor di Perkarangan Tanah Perkuburan Kg Kurnia, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah (kanan) membersihkan kawasan perkuburan pada Program Ziarah Pusara dan gotong-royong Peringkat Negeri Johor di Perkarangan Tanah Perkuburan Kg Kurnia, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Johor sasar lima terbaik di SUKMA XX

JOHOR BAHRU: Johor menyasarkan kedudukan lima terbaik dalam penyertaan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) kali-20 yang akan diadakan pada September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Mad Shah, berkata ia bagi mengatasi pencapaian direkodkan pada edisi SUKMA terdahulu.

Beliau berkata, buat masa ini Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) sedang giat menjalankan persiapan rapi melatih atlet Johor sebagai persediaan mencapai sasaran yang diletakkan.

"Buat masa ini, kita sedang giat membuat persiapan bagi memastikan misi memburu emas di kejohanan Sukma mampu mencapai sasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Mad Shah. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Mad Shah. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

"Pada temasya SUKMA di Perak yang lalu, kontinjen Johor memenangi 29 pingat emas dan berada di posisi ketujuh dalam senarai keseluruhan.

"Sasaran kita adalah untuk berada di kedudukan yang lebih baik daripada keputusan itu selain berada dalam posisi lima terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program ziarah pusara dan gotong-royong peringkat Johor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kurnia, di Jalan Kebun Teh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Iskandar Puteri, Datuk Mohd Hafiz Ahmad dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Belia, Sukan dan Sukarelawan), Datuk Onn Jabbar@Jaafar.

Sebelum ini, media melaporkan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi temasya tersebut mengumumkan temasya di Kuala Lumpur itu dikenali sebagai SUKMA XX, MSN 2022 akan diadakan bermula 29 September hingga 8 Oktober ini.

Jawatankuasa Tertinggi SUKMA juga bersetuju dengan ketetapan mengekalkan peraturan dan syarat had umur yang dipersetujui sebelum ini.

SUKMA XX yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) akan mempertandingkan 31 jenis sukan iaitu 16 sukan wajib dan 15 sukan pilihan serta dua sukan demonstrasi – silambam dan kabaddi.

Mengulas lanjut, Mohd Hairi berkata, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut menyampaikan amanat untuk menjaga kepentingan anak muda di negeri ini.

"Datuk Onn Hafiz yang memegang portfolio Belia dan Sukan mengingatkan saya untuk menjaga kepentingan orang muda di negeri ini. "Kita lihat kebangkitan orang muda yang bersama dengan program kerajaan untuk melibatkan diri. Bagi aktiviti sukan pula, saya Akan duduk bersama agensi dan persatuan sukan bagi membincangkan aktiviti yang akan dijalankan," katanya.

Berita Harian X