Rabu, 8 Disember 2021 | 10:59am
Mohamad Aniq (tengah) memenangi pingat emas Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel kategori 55kg dan sekali gus mengakhiri saingan di kedudukan kelima Kejohanan Angkat Berat Dunia di Uzbekistan, semalam. - Foto ihsan PABM.

Aniq cemerlang buat angkatan emas di Uzbekistan

KUALA LUMPUR: Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan cemerlang apabila memenangi pingat emas pada Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel 2022 yang diadakan bersekali dengan Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021 di Uzbekistan, semalam.

Dia yang beraksi dalam kategori 55 kilogram (kg) lelaki berjaya melakukan angkatan 107kg bagi kategori snatch dan 142kg clean and jerk untuk mencatat keseluruhan 249kg. sekali gus memecahkan rekod kebangsaan sebelum ini dengan catatan 248kg.

Keputusan itu menyaksikan Aniq mengakhiri saingan kategori berkenaan di kedudukan kelima pada Kejohanan Angkat Berat Dunia. Dia juga membawa pulang pingat perak bagi kategori clean and jerk dalam saingan Kejohanan Dunia.

Aniq turut menduduki tangga kelima Kejohanan Angkat Berat Dunia di Uzbekistan, semalam. - Foto ihsan PABM.
Aniq turut menduduki tangga kelima Kejohanan Angkat Berat Dunia di Uzbekistan, semalam. - Foto ihsan PABM.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat, berkata pencapaian Aniq itu meletakkan Malaysia di ranking pertama kelayakan ke Sukan Komanwel 2022 di Birmingham bagi kategori 55kg.

"Kejayaan ini adalah pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah penganjuran Kejohanan Angkat Berat Dunia kerana berjaya memenangi pingat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Berita Harian X