Ahad, 26 September 2021 | 8:49am
Peninju Ukraine, Oleksandr Usyk (kiri) mengasak peninju British Anthony Joshua dalam pertarungan heavyweight di Stadium Tottenham Hotspur, London. - Foto AFP
Peninju Ukraine, Oleksandr Usyk (kiri) mengasak peninju British Anthony Joshua dalam pertarungan heavyweight di Stadium Tottenham Hotspur, London. - Foto AFP

Usyk rampas takhta heavyweight Joshua

LONDON: Oleksandr Usyk menamatkan penguasaan Anthony Joshua sebagai juara heavyweight dunia selepas bertarung 12 pusingan di Stadium Tottenham Hotspur.

Peninju Ukraine itu menang dengan kiraan 117-112, 116-112 dan 115-113 ke atas peninju tuan rumah yang mendapat sokongan lebih 66,000 penonton itu.

Kemenangan itu mengekalkan rekod sempurna Usyk sebagai peninju profesional kepada 19 kemenangan daripada 19 pertarungan, menjadikannya peninju ketiga selepas Evander Holyfield (Amerika Syarikat) dan David Haye (Britain) memenangi gelaran dunia cruiserweight dan heavyweight serentak.

Peminat tinju British sebelum itu mengharapkan pertembungan dua peninju mereka, Joshua dan Tyson Fury, yang akan mempertahankan gelaran heavyweight WBC menentang Deontay Wilder di Las Vegas bulan depan.

Namun Joshua perlu melepasi cabaran Usyk, juara heavyweight Olimpik 2012 di London di mana Joshua memenangi emas kategori super-heavyweight.

"Ia amat bermakna buat saya. Pertarungan berjalan seperti yang saya rancang. Ada masa Anthony mengasak saya tetapi tiada yang istimewa.

"Saya tidak berniat menumbangkannya kerana pasukan saya tidak mahu saya melakukannya.

"Pada awalnya saya lebih agresif tetapi kemudian saya kembali kepada rancangan asal," kata Usyk yang kini mengikut jejak adik-beradik Wladimjir dan Vitali Klitschko sebagai juara dunia heavyweight dari Ukraine. - AFP

Oleksandr Usyk (kiri) menamatkan penguasaan Anthony Joshua sebagai juara heavyweight dunia. - Foto AFP
Oleksandr Usyk (kiri) menamatkan penguasaan Anthony Joshua sebagai juara heavyweight dunia. - Foto AFP

Oleksandr Usyk menang dengan kiraan 117-112, 116-112 dan 115-113 ke atas Anthony Joshua. - Foto EPA
Oleksandr Usyk menang dengan kiraan 117-112, 116-112 dan 115-113 ke atas Anthony Joshua. - Foto EPA

Oleksandr Usyk meraikan kejayaan sebagai juara heavyweight dunia. - Foto EPA
Oleksandr Usyk meraikan kejayaan sebagai juara heavyweight dunia. - Foto EPA

Anthony Joshua (kiri) dan Oleksandr Usyk bertarung sebanyak 12 pusingan di Stadium Tottenham Hotspur. - Foto AFP
Anthony Joshua (kiri) dan Oleksandr Usyk bertarung sebanyak 12 pusingan di Stadium Tottenham Hotspur. - Foto AFP

Berita Harian X