Rabu, 4 Ogos 2021 | 4:15pm
Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni wang pada sesi pemanas badan sebelum beraksi dalam saringan pusingan kelayakan acara pecut Sukan Olimpik 2020, di Velodrom Izu, Tokyo. - Foto BERNAMA.
Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni wang pada sesi pemanas badan sebelum beraksi dalam saringan pusingan kelayakan acara pecut Sukan Olimpik 2020, di Velodrom Izu, Tokyo. - Foto BERNAMA.

OLIMPIK: Azizulhasni turut kandas pusingan pertama

KUALA LUMPUR: Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang turut terkandas di saringan pusingan pertama acara pecut individu lelaki pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi.

Dia akur apabila tewas di tangan juara bertahan yang juga pemenang pingat emas Olimpik enam kali dari Britain, Jason Kenny dalam saingan yang berlangsung di Velodrom Izu, Tokyo itu.

Bagaimanapun, Azizulhasni yang mesra disapa Jijoe masih berpeluang ke pusingan kedua apabila akan beraksi dalam saingan repechages, petang ini.

Berita Harian X