Khamis, 3 Disember 2020 | 9:34pm
Khabib Nurmagomedov (kiri) ketika bertemu Conor McGregor sebelum ini. - Foto ihsan The Sun.
Khabib Nurmagomedov (kiri) ketika bertemu Conor McGregor sebelum ini. - Foto ihsan The Sun.

Khabib letak harga RM407 juta untuk kembali

LONDON: Khabib Nurmagomedov meletakkan harganya untuk kembali ke UFC, namun tidak berminat untuk bertarung semula menentang Conor McGregor.

Jaguh tempur Russia itu mengumumkan persaraan mengejut daripada MMA pada Oktober lalu selepas menumbangkan Justin Gaethje.

Namun Khabib mengakui sukar untuk menolak tawaran AS$100 juta (RM407 juta) supaya dia kembali daripada persaraan.

Menurut Marca, dia berkata 'kalau anda putuskan sudah berakhir, maka ia berakhir.'

"Tetapi Dana menawarkan wang kepada saya. Jika sebagai contoh, AS$100 juta, sudah tentu ia satu keputusan yang sukar.

"Kita lihat apa yang difikirkan olehnya. Saya berpendapat perkara ini akan terus diingati sehingga penghujung hidup saya."

Khabib menewaskan McGregor dalam pertarungan empat pusingan di UFC 229 pada 2018.

Namun Khabib tidak berminat bertarung semula dengan McGregor ataupun Dustin Poirier sekiranya dia kembali nanti.

"Saya tidak berminat. Saya mudah menewaskan mereka."

Khabib sebelum ini pernah memberi bayangan untuk kembali apabila berkata 'jumpa awak nanti' kepada Dana White di Instagram.

Legenda WWE, The Undertaker juga turut mahukan jaguh itu kembali ke Octagon.

- AGENSI

Berita Harian X