Ahad, 29 November 2020 | 8:22pm
PINGAT 'Ibu Terbaik' yang diterima Khabib.
PINGAT 'Ibu Terbaik' yang diterima Khabib.

Pingat 'Ibu Terbaik' buat Khabib

LONDON: Bekas bintang UFC, Khabib Nurmagomedov menerima satu lagi anugerah yang tidak dijangkakan - pingat 'Ibu Terbaik'.

Bintang seni bela diri campuran yang tidak kalah dari Russia itu mengumumkan persaraannya selepas menang secara KO pada pusingan kedua menewaskan Justin Gaethje di UFC.

Juara berusia 32 tahun itu bersara selepas mengekalkan gelaran lightweight dan mendedahkan dia sudah berjanji kepada ibunya untuk berhenti bertarung.

Dia juga menjelaskan dia tidak akan bertarung tanpa bapanya Abdulmanap - yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada usia 57 tahun, Julai lalu.

Khabib diberikan anugerah yang pelik itu di tempat kelahirannya, Dagestan di sebuah bandar dekat Derbent berhampiran Laut Caspian.

Dan dia memuat naik di Instagram bagi berkongsi gambar pingat berkenaan dengan ayat: "Ini ialah pingat mereka beri kepada saya di Derbent."

Pingat emas itu tertulis 'Ibu Terbaik' dalam bahasa Russia. - Agensi

Berita Harian X