Jumaat, 6 November 2020 | 6:08pm
Atlet terjun antara yang disenaraikan dalam program pembangunan sukan prestasi tinggi.
Atlet terjun antara yang disenaraikan dalam program pembangunan sukan prestasi tinggi.

Program sukan berprestasi tinggi dapat peruntukan RM55 juta

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2021 menyaksikan kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM55 juta bagi program pembangunan sukan berprestasi tinggi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021, hari ini, berkata ia meliputi pembangunan bagi sukan hoki, ragbi, badminton, berbasikal dan pembangunan atlet wanita.

Selain itu, katanya, kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi pembangunan e-Sukan.

"Kerajaan juga akan menyediakan RM103 juta untuk membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan seluruh negara," katanya.

Bagi pengusaha industri sukan pula, sebanyak RM20 juta disediakan sebagai pinjaman mudah di bawah skim TEKUN Sukan untuk memastikan kelangsungan operator fasiliti sukan.

Berita Harian X