Selasa, 27 Oktober 2020 | 9:25pm
Khabib tak sanggup patahkan lengan Geathje di hadapan ibu bapa lawannya itu. - FOTO FB KhabibTheEagle
Khabib tak sanggup patahkan lengan Geathje di hadapan ibu bapa lawannya itu. - FOTO FB KhabibTheEagle

Khabib elak cederakan Gaethje di hadapan ibu bapanya

LONDON: Khabib Nurmagomedov sanggup menukar gerakan kuncinya ke atas Justin Gaethje kerana dia tidak mahu mematahkan lengan lawan dari Amerika Syarikat itu di hadapan ibu bapanya.

Raja lightweight UFC itu mengekalkan rekod 100 peratus susulan kemenangan pada pertarungan UFC 254, kelmarin apabila dia menumbangkan Gaethje menerusi 'triangle choke' pada pusingan kedua.

Namun, berdasarkan laporan The Sun UK, apa yang menakjubkan, Khabib yang kehilangan bapanya akibat COVID-19 pada musim panas ini berpeluang untuk melakar kemenangan lebih awal apabila dia dapat mengunci lawannya dengan gerakan kegemarannya sekiranya keluarga Gaethje tidak hadir menonton pertarungan berkenaan.

Menurut bekas juara heavyweight, Daniel Cormier, Khabib bimbang sekiranya dia mematahkan tangan lawannya selepas mendengar komen Gaethje sebelum perlawanan yang dia tidak akan kembali melawan.

Sebab itu, Khabib menggunakan kaedah 'triangle choke' bagi menumbangkan lawannya itu dengan rekod 29-0.

"Khabib memberitahu saya ketika menonton temubual, dia melihat Justin berkata dia tidak akan melawan.

"Dia tidak mahu mencederakan Justin di hadapan kedua ibu bapanya dan sebab itu dia menggunakan kaedah 'triangle choke," katanya. - Agensi

Berita Harian X