X
Isnin, 19 Oktober 2020 | 9:55pm
Ahli gusti, Luis Angel Salazar atau turut dikenali Principe Aereo rebah di gelanggang ketika bertarung di Arena San Juan Pantitlan, Mexico City, Sabtu lalu. -Foto ihsan postwrestling.com.
Ahli gusti, Luis Angel Salazar atau turut dikenali Principe Aereo rebah di gelanggang ketika bertarung di Arena San Juan Pantitlan, Mexico City, Sabtu lalu. -Foto ihsan postwrestling.com.

Ahli gusti meninggal di gelanggang

LONDON: Seorang ahli gusti dari Mexico meninggal dunia selepas rebah di gelanggang dipercayai akibat menderita 'aneursym' otak.

Penyakit ini adalah pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak.

Luis Angel Salazar, 26, yang bertarung dengan julukan Principe Aereo rebah selepas menerima dua pukulan di dada ketika lawannya Redimido berlari untuk membuat satu lagi pukulan.

Lawannya dan pengadil menyedari Salazar tidak berlakon dan terdesak meminta bantuan perubatan.

Tragedi mengejutkan itu berlaku di Arena San Juan Pantitlan, Mexico City Sabtu lalu.

Laporan awal mengatakan Salazar meninggal dunia akibat serangan jantung.

Bagaimanapun, laman web rasmi pakar gusti, maslucha.com, berkata dia meninggal dunia di hospital akibat aneurysm otak.

- AGENSI

Berita Harian X