Sabtu, 19 September 2020 | 7:46pm
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan hadiah kepada ketua pasukan Istana Negara Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin selaku juara.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan hadiah kepada ketua pasukan Istana Negara Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin selaku juara.

Seri Paduka sertai golf persahabatan Istana Negara, LHDN

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke pertandingan golf persahabatan Istana Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Tropicana Golf & Country Resort, di sini, hari ini.

Pertandingan yang julung kali diadakan itu antara lain bertujuan merapatkan hubungan silaturahim di antara Istana Negara dan LHDN. Pada pertandingan yang disertai 48 pemain itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mewakili pasukan Istana Negara.

Aksi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Aksi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut menyertai pasukan Istana Negara adalah Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pasukan Istana Negara diketuai Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.

Pasukan LHDN pula diketuai Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selain diperkuatkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Al-Sultan Abdullah turut berkenaan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Dalam pertandingan itu, pasukan Istana Negara muncul juara selepas menewaskan LHDN hasil himpunan 807 mata, dua mata melebihi lawannnya itu sekali gus membawa pulang piala pusingan yang dipertandingkan.

Bagi kategori kenamaan, juara menjadi milik wakil Istana Negara, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikmal manakala naib juara dimenangi Wan Ahmad Dahlan (Istana Negara) dan ketiga oleh Al-Sultan Abdullah.

Bagi kategori individu keseluruhan, juara menjadi milik Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah manakala naib juara, Roszamman (LHDN) dan Brig Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin di tempat ketiga.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama peserta pasukan Istana Negara dan LHDN.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama peserta pasukan Istana Negara dan LHDN.

Kategori medal A pula dimenangi oleh Abu Tariq Jamaluddin dari LHDN manakala naib juara, Abdul Khalid Yunus (LHDN) dan Datuk Mohd Nizom Sairi (ketiga). Bagi medal B ia dimenangi wakil Istana Negara, Datuk Mohan Cheong manakala naib juara, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim dan Datuk Munthanna Abdullah (ketiga).

Berita Harian X