Sabtu, 8 Ogos 2020 | 8:46pm
PENGERUSI Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed (duduk tengah) bercakap sesuatu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan Maslin Sham Razman (kanan) di Studio Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) TV di USAS, Bukit Chandan. - Foto BERNAMA

Perak peruntuk RM500,000 bagi pembangunan e-sukan

KUALA KANGSAR: Kerajaan negeri Perak memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk pembangunan sukan elektronik (e-sukan) untuk tahun ini, kata EXCO Sukan negeri, Khairul Shahril Mohamed.

Beliau berkata peruntukan itu dapat memastikan Persatuan E-Sports Perak mengadakan pameran dan demonstrasi e-sukan di setiap daerah di negeri itu.

"Program e-sukan perlu diperkembangkan kepada generasi muda kerana ia adalah trend gaya hidup baharu masyarakat dalam dan luar negara," katanya selepas merasmikan pertandingan USAS Santai Gaming (USG) di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini, hari ini.

Pertandingan USG disertai oleh 288 peserta terdiri daripada 32 pasukan yang akan bertanding dalam kategori permainan Player Unknown Battle Ground (PUBG) manakala 32 lagi dalam kategori Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM4,000.

Pertandingan dua hari itu dianjurkan Majlis Perwakilan Mahasiswa serta Persatuan Sains Teknologi, Multimedia dan Landskap USAS.

-- BERNAMA

Berita Harian X