Khamis, 21 Mei 2020 | 7:48pm
Tahun 2021 adalah ‘pilihan terakhir’ untuk menunda temasya di Tokyo. - Foto AFP
Tahun 2021 adalah ‘pilihan terakhir’ untuk menunda temasya di Tokyo. - Foto AFP

Sukan Olimpik 2020 tak boleh ditunda lagi

TOKYO: Ketua Sukan Olimpik, Thomas Bach berkata, tahun 2021 adalah 'pilihan terakhir' untuk menunda temasya di Tokyo selain menegaskan penangguhan tidak boleh diteruskan lagi.

Bach berkata, dia bersetuju dengan pendirian Jepun yang temasya berkenaan perlu dibatalkan sekiranya pandemik COVID-19 terus gagal dikawal tahun depan.

Pada Mac, Olimpik Tokyo 2020 ditunda ke 23 Julai 2021 ketika COVID-19 menular di seluruh dunia, membunuh ribuan manusia dan menjadikan setiap acara sukan antarabangsa menjadi sukar.

"Asasnya, saya mempunyai beberapa persefahaman (dengan pendirian Jepun) kerana kamu tidak boleh berterusan menggaji 3,000, atau 5,000 orang dalam satu jawatankuasa penganjur," kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa itu.

"Kamu tidak boleh setiap tahun menukar jadual keseluruhan sukan untuk setiap persekutuan utama. Kamu tidak boleh membiarkan atlet berada dalam situasi ketidaktentuan."

Sukan Olimpik tidak pernah dibatalkan selepas perang dunia tetapi pegawai Jepun jelas tidak mempunyai keinginan untuk menunda lagi temasya pada tahun depan. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X