Rabu, 13 Mei 2020 | 2:52pm
Pengerusi Jawatan Kuasa Paralimpik Filipina, Michael Baredo menerima bendera kejohanan Para Asean sambil diperhatikan Presiden APSF, Osoth Bhavilai (tiga dari kanan) pada majlis Penutup Sukan Para ASEAN KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, September 2017. - Arkib NSTP
Pengerusi Jawatan Kuasa Paralimpik Filipina, Michael Baredo menerima bendera kejohanan Para Asean sambil diperhatikan Presiden APSF, Osoth Bhavilai (tiga dari kanan) pada majlis Penutup Sukan Para ASEAN KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, September 2017. - Arkib NSTP

Filipina sah batalkan Sukan Para ASEAN

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) sudah menerima notis rasmi pembatalan Sukan Para ASEAN ke-10 dari Jawatankuasa Paralimpik Filipina (NPC) dengan badan induk itu dijadual mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat.

APSF berkata, mereka memahami keputusan berkenaan terpaksa diambil NPC dengan Filipina berdepan krisis COVID-19 yang tidak dapat dielakkan.

"APSF akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan dan mengesahkan pembatalan Sukan Para ASEAN ke-10 dan terus menuju ke arah penganjuran Sukan Para ASEAN 2021 yang dijadual berlangsung di Vietnam," kata Presiden APSF, Osoth Bhavilai dalam satu kenyataan, hari ini.

Sukan Para ASEAN di Filipina sepatutnya diadakan dari 18 hingga 24 Januari lalu namun ditangguhkan ke 20 hingga 28 Mac susulan isu bajet dan logistik penganjur.

Ia kemudian ditangguhkan sekali lagi pada Oktober ini akibat wabak COVID-19.

Kali terakhir Filipina menjadi tuan rumah pada 2005 di Manila.

"Pembatalan itu tidak dapat dielak susulan 'keadaan yang tidak dapat dikawal susulan pandemik COVID-19'.

"NPC Filipina mengambil keputusan berkenaan susulan pengumuman Suruhanjaya Sukan Filipina (PSC) untuk menarik sokongan kewangan penganjuran temasya kerana 'krisis semasa dan arahan daripada pihak pemerintah'.

"Kesemua NPC sudah dimaklumkan mengenai pembatalan dengan mereka disertakan salinan surat rasmi daripada Barredo (Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Filipina), surat rasmi dari PSC dan salinan surat pekeliling Belanjawan Nasional," kata Bhavilai.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X