Sabtu, 9 Mei 2020 | 11:22pm
Pengawal mengadakan pemeriksaan suhu kepada ahli GGCC yang datang untuk bermain golf sejak 6 Mei lalu.
Pengawal mengadakan pemeriksaan suhu kepada ahli GGCC yang datang untuk bermain golf sejak 6 Mei lalu.

Glenmarie Golf nafi dikuarantin akibat COVID-19

KUALA LUMPUR: Glenmarie Golf & Country Club (GGCC) Shah Alam menafikan khabar angin yang tersebar bahawa kelab itu dikuarantin susulan terdapat kes COVID-19 dalam kalangan ahlinya.

"Terdapat beberapa mesej palsu dan khabar angin yang tidak berasas berkaitan GGCC yang kini dikuarantin disebabkan kes coronavirus (COVID-19) antara salah seorang ahli kami. Ia tidak benar.

"Pihak pengurusan ingin meyakinkan GGCC komited dalam melaksanakan garis panduan yang ketat selain penuh teliti mengikuti arahan diberikan pihak berkuasa dan menyediakan persekitaran selamat.

"Jika anda menerima mesej atau maklumat lain yang tidak berasas melalui WhatsApp atau platform dalam talian lain, kami menggesa anda untuk tidak menyebarkannya. Ingat, jika anda tidak pasti, jangan kongsi," kata kelab itu dalam kenyataan, hari ini.

Pemain melakukan penjarakan sosial ketika menunggu untuk bermain.
Pemain melakukan penjarakan sosial ketika menunggu untuk bermain.

Pengurus kelab, Nor Afendi Mohd Razlan turut menjelaskan khabar angin itu tidak berasas selain menegaskan kelab sudah melaksanakan protokol penjarakan sosial dan pembersihan yang ketat sejak ia dibuka semula pada 6 Mei lalu.

"Kami ingin meyakinkan pemain golf khabar angin itu tidak benar. Kelab ini mengikut Prosedur Operasi Standard penjarakan sosial dan sanitasi yang ketat.

"Kami memastikan bahawa peraturan itu dilaksanakan dan pemain golf mematuhi 100 peratus norma baharu, "katanya.

Berita Harian X