Selasa, 3 March 2020 | 10:54am
BINTANG UFC, Khabib Nurmagomedov.
BINTANG UFC, Khabib Nurmagomedov.

'Bagaimana saya mahu menumbuk mukanya'

LONDON: Khabib Nurmagomedov mendedahkan dia bersedia untuk bertarung dengan petinju veteran, Floyd Mayweather dalam pertarungan campuran.

Namun bintang UFC itu yakin Mayweather tidak mampu mengatasinya dalam tempoh 11 pusingan dan yakin dengan peluangnya mencipta kemenangan di gelanggang.

Mayweather, 43, menerima pelawaan Conor McGregor untuk bertarung pada 2017, dan tampak bersedia meraih satu lagi kemenangan dalam UFC seterusnya menambah kepada rekod 50 pertarungan sempurna miliknya.

Pengurus Khabib, Ali Abdelaziz, sebelum ini mengakui pegawai Mayweather 'merayu' lawan dari Dagestan itu untuk menandatangani kontrak untuk satu lagi perlawanan ala McGregor.

Abdelaziz juga memaklumkan tawaran berjuta dollar diterima daripada Arab Saudi untuk mengadakan pertarungan di Timur Tengah dan Mayweather mengatakan dia boleh bertarung dengan McGregor dan Khabib pada hari yang sama.

Ketika ditanya mengenai komen bintang berusia 43 tahun itu, Khabib memberitahu TMZ: “Dia hanya mahu menjadi tajuk utama media, anda semua tahu. Saya melihat hari lahirnya beberapa hari lalu, dia sudah menjadi seperti 48 atau 49 tahun.

“Tapi dia seperti usia ayah saya. Saya tidak faham bagaimana saya mahu menumbuk mukanya.

“Jika anda mahu bertarung, datang ke UFC. Ini pertarungan sebenar. Saya bukan petinju, saya bukan hanya ahli gusti. Saya pejuang MMA.

“Jika dia berminat, mungkin saya boleh buat seperti dikatakan ayah saya sebelum ini, 11 pusingan tinju dan satu pusingan MMA.

“OK, mari lakukan, 11 pusingan tiga minit tinju dan pusingan terakhir, pusingan 12, lima minit pertarungan MMA. Jika dia mahu membuat perjanjian, saya boleh bertarung.”

Khabib juga percaya dia mampu selamat dalam gelanggang berdepan Mayweather, dan yakin menang jika mereka berdepan di UFC. - AGENSI

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X