Jumaat, 28 Februari 2020 | 9:17am
Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang memenangi pingat gangsa dalam final acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman pagi tadi. - AFP
Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang memenangi pingat gangsa dalam final acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman pagi tadi. - AFP

Azizulhasni raih gangsa di Berlin

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang memenangi pingat gangsa dalam final acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman pagi tadi.

Kejayaan menaiki podium itu membuktikan The Pocket Rocketman berada di landasan tepat untuk sekurang-kurangnya mengekalkan pingat gangsa yang diraihnya di Olimpik Rio 2016 pada Olimpik Tokyo 2020, Julai depan.

Emas dalam perlumbaan itu diraih pelumba Belanda, Harrie Levreysen yang melintasi garisan penamat dengan catatan masa 9.861 saat.

Pelumba Jepun, Yuta Wakimoto pula menduduki tempat kedua.

Jaguh Jepun, Yuta Wakimoto raih tempat kedua, pelumba Belanda, Harrie Lavreysen (tengah) muncul pemenang acara keirin manakala Azizulhasni Awang ditempat ketiga. - Foto AFP
Jaguh Jepun, Yuta Wakimoto raih tempat kedua, pelumba Belanda, Harrie Lavreysen (tengah) muncul pemenang acara keirin manakala Azizulhasni Awang ditempat ketiga. - Foto AFP

Ini kali ketiga Azizulhasni meraih gangsa dalam acara keirin Kejohanan Dunia, selepas melakukannya di Yvelines (2015) dan London (2016).

Pencapaian terbaik Azizulhasni di kejohanan ini adalah meraih emas di Hong Kong pada 2017.

Berita Harian X