Selasa, 10 Disember 2019 | 8:49pm
Mohammed (kiri) tewas di tangan peserta tuan rumah, Jean Claude Saclag 0-3 dalam aksi final di Cuneta Astrodome. - Foto Reuters
Mohammed (kiri) tewas di tangan peserta tuan rumah, Jean Claude Saclag 0-3 dalam aksi final di Cuneta Astrodome. - Foto Reuters
Mohammed (kanan) ketika bertemu Jean Claude Saclag dalam acara kickboxing kategori bawah 63.5kg Low Kick. - NSTP/Osman Adnan
Mohammed (kanan) ketika bertemu Jean Claude Saclag dalam acara kickboxing kategori bawah 63.5kg Low Kick. - NSTP/Osman Adnan
Mohammed (kanan) terpaksa akur apabila tewas di tangan peserta Vietnam, Nguyen Xuan Phuong 0-3 dalam aksi final. - NSTP/Osman Adnan
Mohammed (kanan) terpaksa akur apabila tewas di tangan peserta Vietnam, Nguyen Xuan Phuong 0-3 dalam aksi final. - NSTP/Osman Adnan

Saya sudah cuba yang terbaik, maaf - Mohammed

MANILA: Walaupun gagal membawa pulang pingat emas namun pencapaian skuad kickboxing negara pada Sukan SEA 2019 tetap membanggakan.

Dengan atlet yang dipilih ratanya-ratanya baru pertama kali beraksi dalam kickboxing, mereka berjaya menutup tirai saingan dengan keseluruhan dua perak dan satu gangsa.

Sandaran utama negara, Mohammed Mahmoud dalam kategori bawah 63.5 kilogram (kg) Low Kick terpaksa akur apabila tewas di tangan peserta tuan rumah, Jean Claude Saclag 0-3 dalam aksi final di Cuneta Astrodome di sini, hari ini.

“Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal memberikan emas. Saya sudah cuba yang terbaik tetapi lawan saya lebih berpengalaman.

“Ini pertama kali saya beraksi dalam kickboxing dan saya sebenarnya lahir daripada muaythai. Memang agak sukar untuk namun saya bersyukur dapat mara sehingga ke final.

“Jika dua tahun lagi di Vietnam, saya masih diberi peluang untuk mewakili Malaysia dalam sukan ini, saya percaya akan lebih bersedia dan sedia untuk menebus kekalahan hari ini,” kata Mohammed ketika ditemui selepas aksi final.

Malaysia turut meraih perak dalam kategori bawah 57kg Full Contact menerusi Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya.

Dia terpaksa akur apabila tewas di tangan peserta Vietnam, Nguyen Xuan Phuong 0-3 dalam aksi final.

Terdahulu, Iffat Mat Ripen meraih gangsa bagi kategori bawah 60kg Low Kick.

Berita Harian X