Jumaat, 22 November 2019 | 11:10pm
Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Engku Isyamuddin Tuan Losin menyerahkan 100PLUS Active sachet kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Engku Isyamuddin Tuan Losin menyerahkan 100PLUS Active sachet kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli SAM di Filipina dapat 'tenaga' dari 100PLUS

PETALING JAYA: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menerima tajaan berupa paket minuman tenaga daripada 100PLUS ketika membuat liputan Sukan SEA 2019 di Filipina, hujung bulan ini.

"Untuk Manila, kami akan menyediakan paket minuman 100PLUS Active untuk ahli-ahli SAM," kata Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd. Engku Isyamuddin Tuan Losin.

 

"Paket 100PLUS Active akan membuatkan para wartawan kekal aktif kerana mereka perlu bekerja keras sepanjang dua minggu menyediakan laporan Sukan SEA.

 “100PLUS adalah rakan kongsi SAM sejak dari dulu lagi. Kami sentiasa menyokong program yang dibuat SAM termasuk majlis berprestij Anugerah SAM 100PLUS."

Turut hadir Presiden SAM, Jasni Shafie, Ketua Kontinjen Kontinjen Malaysia di Filipina, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Penasihat F&N, Datuk Kamal Harun dan ahli SAM.

 

Jasni dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada 100PLUS atas tajaan berkenaan.

“Kami akan mengedarkan paket berkenaan kepada sekitar 60 ahli-ahli media Malaysia yang akan bergerak ke Manila dalam tempoh beberapa hari lagi."

 

Terdahulu, Engku Isyamuddin turut menyerahkan paket 100PLUS Active kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi kegunaan atlet kebangsaan.

Berita Harian X