Isnin, 21 Oktober 2019 | 8:49pm
MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Persatuan Badminton Master Malaysia (MMBA), di Galeri Kementerian Belia dan Sukan. NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor.

Azizulhasni prospek emas Olimpik 2020 - Syed Saddiq

PUTRAJAYA: Kejayaan Azizulhasni Awang merangkul emas acara pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Korea Selatan, hari ini, memberi gambaran tidak mustahil untuk beliau merealisasikan impian pingat emas pertama Malaysia di pentas Olimpik Tokyo 2020.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan jaguh trek negara berusia 31 tahun itu itu sebagai seorang berjiwa kental dan mempunyai semangatjuang yang tinggi.

Beliau berkata atlet kelahiranDungun, Terengganu itu memang adalah antara prospek pingat di temasyaSukanOlimpik Tokyo 2020 selepas merangkul gangsa pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

“Azizul ini seorang yang sangat fokus. Saya rasa dia mampu melakukan sesuatu di Olimpik tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persatuan Badminton Masters Malaysia (MMBA), di sini hari ini.

Pelumba yang terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’ itu menewaskan pelumba Jepun, Yuta Wakimoto 2-1 pada final Velodrom Pusat Latihan Kebangsaan Jingcheon.

-- BERNAMA

Berita Harian X