X
Rabu, 2 Oktober 2019 | 7:41pm
PRESIDEN PKBM, Datuk Abu Samah Wahab (tengah) hadir pada Majlis Pengumuman Penajaan OPIMAX Holdings Sdn Bhd sebagai penaja Tour of Peninsular (ToP) 2019, hari ini. - Foto Saifullizan Tamadi
PRESIDEN PKBM, Datuk Abu Samah Wahab (tengah) hadir pada Majlis Pengumuman Penajaan OPIMAX Holdings Sdn Bhd sebagai penaja Tour of Peninsular (ToP) 2019, hari ini. - Foto Saifullizan Tamadi

PKBM, KBS bincang isu LTdL Isnin depan

KUALA LUMPUR: Tindakan susulan berkaitan perlumbaan berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) akan dibincangkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Isnin depan.

Ia susulan LTdL 2020 akan berstatus 2.1 bermula tahun depan selepas diputuskan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan, baru-baru ini.

“Kita tunggu 7 Oktober (Isnin)...sekiranya rayuan, ia adalah untuk menyertai siri profesional yang baru diperkenalkan UCI kerana hors class sudah tiada pada musim depan," kata Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab.

Beliau ditemui pada Majlis Pengumuman Penajaan OPIMAX Holdings Sdn Bhd sebagai penaja Tour of Peninsular (ToP) 2019, hari ini.

UCI memperkenalkan kategori baharu bagi kalendar 2020 dengan pengenalan siri profesional bagi menggantikan kategori hors.

Mengulas lanjut, Abu Samah menjelaskan ada dua perkara menyebabkan LTdL disenaraikan dalam kategori 2.1 pada 2020 iaitu ketiadaan pasukan berstatus World Tour selain kekurangan liputan media antarabangsa.

Untuk rekod, baru-baru ini media melaporkan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif UCI, Datuk Amarjit Singh mengesahkan LTdL 2020 adalah berstatus 2.1 bermula tahun depan dengan antara sebab utamanya, tiada penyertaan pasukan berstatus World Tour. 

LTdL yang dicetuskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu mula dipertandingkan pada 1996 dan diangkat kepada kategori hors sekitar 2003. 

Berita Harian X