Rabu, 17 April 2019 | 9:38pm
Atlet boling negara, Muhammad Rafiq Ismail menerima sijil pengiktirafan dari wakil Malaysia Books of Malaysia, Edwin Yeoh (kiri) disaksikan, Presiden Kongres Boling Tenpin Malaysia, Datuk Dr. PS Nathan (tengah) kerana beliau merupakan pemain boling pertama negara memenangi pingat emas dalam acara perseorangan lelaki pada kejohanan boling dunia pada 23 november - 5 disember 2018 di Hong Kong pada sidang media kejohanan boling terbuka antarabangsa Malaysia 2019 ke 40 di Sunway Resort Hotel & Spa. - Foto Owee Ah Chun

Rafiq optimis podium boling terbuka antarabangsa Malaysia

KUALA LUMPUR: Atlet tenpin boling negara, Muhammad Rafiq Ismail yakin berada di podium pada Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia 2019 bermula 24 April ini, sekali gus mengumpul mata untuk kelayakan ke Sukan SEA Filipina pada Disember.

Muhammad Rafiq adalah juara bertahan Terbuka Masters Lelaki yang diraih buat julung kalinya dua tahun lalu berkata beliau menjangkakan menerima cabaran sengit daripada pemain dari Amerika Syarikat.

"Cabaran kali ini memang agak sengit dengan kehadiran lebih ramai atlet handal, namun saya yakin mampu berada di podium. Sebagai tuan rumah, kita memang akan menerima tekanan namun kita juga memiliki kelebihan.

"Semua atlet negara berlatih di venue kejohanan dan sebelum kejohanan bermula pun, kita sudah dapat gunakan gelanggang tersebut berbanding atlet negara luar yang akan turut serta nanti. Saya harap kita dapat gunakan peluang dan kelebihan ini dengan sebaik mungkin," katanya pada sidang media pelancaran kejohanan itu.

Kejohanan edisi ke-40 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM405,750 itu dijadualkan pada 26 April hingga 4 Mei di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid dan akan disertai 18 negara termasuk Malaysia.

Antara pemain boling tersohor dunia yang akan turut serta pada kejohanan itu ialah Dominic Barrett dari England, Sean Rash dan Kyle Troup dari Amerika Syarikat, Yannaphon Larpapharat dan Annop Arromsaranon (Thailand) dan beberapa nama besar lain.

Atlet boling negara menerima sijil pengiktirafan dari Malaysia Books of Record, Muhammad Rafiq Ismail (tengah) merupakan pemain boling pertama negara memenangi pingat emas dalam acara perseorangan lelaki pada kejohanan boling dunia di Hong Kong tahun lepas sementara itu pemain boling pasangan lelaki negara, Tun Ameera Luqman Ai - Hakim Tun Hasnul Azam (kiri) dengan pasangannya, Adrian Ang Hsien Loong (kanan) memenangi pingat emas pertama negara dalam acara bergu pada kejohanan bolin dunia di Hong Kong tahun lepas juga pada sidang media kejohanan boling terbuka antarabangsa Malaysia 2019 ke 40 di Sunway Resort Hotel & Spa. - Foto Owee Ah Chun

Mengulas mengenai pemilihan atlet yang akan mewakili negara ke Sukan SEA 2019, Muhammad Rafiq berkata pada penganjuran kali ini, ia hanya akan membabitkan empat pemain wanita dan empat pemain lelaki berbanding enam sebelum ini.

Katanya, cabaran dan peluang untuk mereka dipilih ke Sukan SEA dilihat lebih sukar apabila terpaksa bersaing sengit.

"Pemilihan adalah berdasarkan ranking dalam Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) dan mata akan dikumpul melalui kejohanan yang kami sertai. Walaupun saingan lebih sengit, saya berharap mampu layak ke Sukan SEA nanti," katanya.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, Ben Heng percaya anak didiknya masih mempunyai peluang untuk berada di podium Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia walaupun dengan kehadiran ramai atlet terbaik dunia.

"Beza kali ini ialah lebih ramai pemain terbaik dunia dijemput beraksi pada kejohanan ini terutamanya bagi kategori lelaki namun saya tetap rasa mereka boleh menang walaupun peluang semakin kurang dan cabaran lebih sengit.

-- BERNAMA

Berita Harian X