Selasa, 16 April 2019 | 1:04am
PEMAIN bowling elit negara, Adrian Ang dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.
PEMAIN bowling elit negara, Adrian Ang dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.

Pemain bowling elit negara ungguli Terbuka Thailand

KUALA LUMPUR: Dua pemain bowling elit negara, Adrian Ang dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman menampilkan aksi cemerlang untuk merangkul gelaran stepladder lelaki dan wanita pada Kejohanan Tenpin Bowling Terbuka Antarabangsa Thailand ke-45 di Bangkok, semalam.

Ang, yang mengungguli kedudukan keseluruhan pada pusingan kelayakan, menewaskan Billy M Islam dari Indonesia dengan 217-193 jatuhan pin.

Siti Safiyah Amirah dalam pada itu menumpaskan rakan sepasukan, Nerosha Keligit; 257-216 dalam stepladder final wanita, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Bowling Asia; www.abf-online.org.

Susulan pencapaian pada kejohanan yang berlangsung di Blu-O Rhythm & Bowl di Siam Paragon itu, Ang meraih hadiah wang tunai RM45,318, manakala Siti Safiyah Amirah membawa pulang RM16,831.

Terdahulu, pemain pelapis lelaki negara, Muhammad Shafiy Zaim menjuarai kategori Bawah 21 tahun pada 8 April lalu. - Bernama

 

 

 

Berita Harian X