X
Khamis, 10 Januari 2019 | 7:51pm
SHAH Firdaus tampil menyerlah apabila meraih perak pada Kejohanan Trek Asia di Velodrom Antarabangsa Jakarta, sebentar tadi.
SHAH Firdaus tampil menyerlah apabila meraih perak pada Kejohanan Trek Asia di Velodrom Antarabangsa Jakarta, sebentar tadi.

Shah Firdaus raih perak, Azizulhasni kelima

KUALA LUMPUR: Harapan untuk menyaksikan kilauan emas dalam acara keirin menerusi Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom tidak kesampaian pada Kejohanan Trek Asia di Velodrom Antarabangsa Jakarta, sebentar tadi.

Pada aksi final yang turut menampilkan tiga pelumba Jepun, The Pocketrocketman terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan kelima, dengan Shah Firdaus tampil menyerlah apabila meraih perak.

Perlumbaan itu dimenangi pelumba Jepun, Yuta Wakimoto, manakala tempat ketiga diraih Tomoyuki Kawabata.

Turut terlepas peluang adalah dua pelumba remaja negara, Mohamad Fariz Haikal Mohd kadir dan Muhammad Ridwan Sahrom dalam acara keirin final, pada Kejohanan Trek Remaja Asia ke-26 yang berlangsung serentak.

Ridwan menamatkan saingan pada kedudukan keempat, diikuti Fariz Haikal dengan Esow Esow dari India muncul juara.

SHAH Firdaus tampil menyerlah apabila meraih perak pada Kejohanan Trek Asia di Velodrom Antarabangsa Jakarta, sebentar tadi.
SHAH Firdaus tampil menyerlah apabila meraih perak pada Kejohanan Trek Asia di Velodrom Antarabangsa Jakarta, sebentar tadi.

Barisan pelumba para cycling negara tidak mengecewakan apabila meraih empat emas, dua perak dan satu gangsa pada edisi kelapan Kejohanan Trek Para Asia yang berlangsung serentak.

Emas disumbangkan gandingan Muhammad Afiq Afify Rizan bersama Muhammad Khairul Adha Rasol menerusi acara pecut tandem lelaki, manakala Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais bersama Nurul Suhada Zainal memenangi kategori wanita.

Dua lagi emas diraih Nur Faizah Aziz dalam acara kejar mengejar dan 500 meter ujian masa C3.

Berita Harian X